• Panduan
  • Selamat Datang
  • Utama
  • Khasiat
  • Tempahan
  • Ukir Nama
  • Senarai Classikat
  • Tentang Kami
  • Perihal Produk
  • Testimoni
  • Like Classikat
  • Tips Rambut Sihat
  • Jutaan Database
  • Panduan
  • Selamat Datang
  • Utama
  • Khasiat
  • Tempahan
  • Ukir Nama
  • Senarai Classikat
  • Tentang Kami
  • Perihal Produk
  • Testimoni
  • Like Classikat
  • Tips Rambut Sihat
  • Jutaan Database

CLASSIKAT-SIKAT TANDUK  BUATAN   TANGAN


Rambut, terutama bagi kaum perempuan, bagaikan mahkota . Demikian berharganya, sehingga orang rela menghabiskan banyak wang dan waktu untuk mengurus rambut. Di samping itu, fungsi kesihatan  rambut itu sendiri sangatlah penting.

Beberapa fungsi rambut antara lain :
1. Melindungi kepala dari pancaran dan sinar matahari.
2. Sebagai mahkota.
3. Membentuk bingkai dari wajah.
4. Menambah keindahan dan garis warna pada wajah.
5. Melindungi mata dari keringat.
6. Melindungi mata dari kotoran dan debu.
7. Membantu menguapkan peluh/keringat.


Picture

CLASSIKAT   Rapi  l  Sihat l  Terapi

Rahsia Rambut Sihat....

Picture
Rambut  adalah  mahkota  bagi  manusia.Rambut   menjadikan manusia menjadi  sempurna.
Kecantikan dan keayuan  wanita  semakin menyerlah apabila kebersihan dan kesegaran rambut mereka dibelai dan dijagai dengan  rapi.

Lelaki juga mengharapkan agar rambut mereka kelihatan kemas dan segak.Ketakutan yang sering menghambat fikiran lelaki apabila mereka menyedari rambut mereka semakin nipis dan menjadi botak.

Rambut yang sihat,lebat dan segar boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan berpandukan beberapa tips iaitu :

  •      Rambut hendaklah sentiasa dicuci dengan air bersih lagi suci.
  •       Menggunakan syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut.
  •       Potong hujung rambut setiap 3 bulan untuk mengatasi masalah rambut bercabang.
  •      Banyak makan sayur-sayuran dalam diet harian.
  •      Menyikat rambut menggunakan sikat atau sisir yang bersesuaian.   


CLASSIKAT - Sikat Tanduk Terapi Semulajadi

Picture
 Sejak berabad lalu, pelbagai bangsa di dunia ini telah menggunakan tanduk haiwan   sebagai alat kecantikan dan kesihatan rambut.dengan membentuknya menjadi sikat yang berbagai-bagai bentuk yang cantik.

Pada masa kini, Sikat Tanduk biasanya  diperbuat daripada tanduk lembu,tanduk kerbau ataupun tanduk seladang. Tanduk ini diperolehi daripada penyembelihan untuk mendapatkan dagingnya, bukan melalui pemburuan kejam seperti untuk mendapatkan gading gajah  atau sumbu badak. Sikat  Tanduk diperbuat daripada hasil buatan tangan oleh pakar kesenian tanduk.

  Menurut pakar penjagaan rambut, Dr. George Michael, "sikat tanduk merupakan sikat yang paling baik untuk kesihatan rambut, kerana ianya secara semulajadi dapat menyebarkan minyak yang dihasilkan oleh sebum kulit kepala menerusi rambut. Sikat tanduk terapi adalah lebih lembut kepada rambut kerana bahan tanduk  tidak menghasilkan kesan statik  dan tidak membelah rambut."


KLIK SETERUSNYA
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Panduan
  • Selamat Datang
  • Utama
  • Khasiat
  • Tempahan
  • Ukir Nama
  • Senarai Classikat
  • Tentang Kami
  • Perihal Produk
  • Testimoni
  • Like Classikat
  • Tips Rambut Sihat
  • Jutaan Database